Shaklee bagus sgt ke?

Haha.. ulasan tajuk ni bakal mengundang kontroversi di kalangan ahli2 shaklee sendiri, dan juga yg jual produk2 lain.

Well..seperti yg kwn2 aku sedia maklum, aku agak outspoken. Aku ni ahli Shaklee, tapi ada benda yg tak kena kt mata aku, aku tibai serupa ja.

Dengar sini, Noorhanis Tanius nak bercakap.

Potential customers aku ada yg pm dan whatsapps, tanya aku, berkesan ke Shaklee?

Aku mcm nk tergelak. Aku rasa org2 malaysia makin malas berfikir, ataupun suka take easy benda2 yg dia patut concern.

Mula2 kita kena paham. Shaklee ni salah satu pilihan supplement antara supplement yg berlambak2 di pasaran dan farmasi. Semua produk supplement dalam dunia ni lebih kurang ja fungsinya. Brand je lah yg bezakan harga, dan adalah serba skit penambahan bahan yg membuatkan harga berbeza2. Shaklee ni pulak MLM, (multilevel marketing). So, sapa yg jual,bolehlah dapat skit2 bonus daripada hasil promoting barang tu. Kt farmasi, hg beli, hg bayaq, hg dapat supplement tu saja lah.

Bila dh nama supplement, fungsi dia cuma membantu, pendokong saja usaha2 utama kita. Pemahaman konsep tu yg paling penting.Ok, contoh: NAK KURUS. Kita kena faham, apa penyebab faktor2 kita gemuk, tujuan kenapa kita nak berat badan yg lebih ideal, apa makanan2 penyebab pertambahan lemak di badan.Tu kita kena tau, dan buat study skit. Yg supplement, sebagai bahan pelincir, membantu kita capai matlamat nak kurus kita tu. Ni, hang makan supplement satu tong, pestu hg xbuat apa2 untuk capai matlamat nk kurus tu, mmg badan hg tetaplah menjadi tong, atau bertambah lagi.

So,kena faham, apa fungsi supplement tu. Apa bahan dalam tu yg bantu kita untuk jadi kurus. Ni aku xbercakap pasal shaklee saja. Aku bercakap supplement yg general.Sebab tu, rata2 supplement, dia ada syarat2 dia. Jgn makan tu, jgn minum ni. Padahal semua sama ja. Ikut peraturan.

Overclaim
Seriously aku tak boleh terima dgn geng2 shaklee, geng2 yg jual segala jenis mak nenek supplement atau ubat2, yg overclaim, buat iklan mcm otak tergeliat. Apa benda yg korang merepek ni?

Hanya dengan makan alfalfa, minum ESP, susu badan mencurah2 bak air terjun? Hoi, gila ke? Be realistik lah. Seriously aku rasa ada brain damage dgn org2 yg mcm ni. Nak susu banyak, mesti ada demand dan supply. Kalau kau makan alfalfa sebotol, pestu minum setong ESP setiap hari pun, ko tak nak susukan anak, ko mengeluh2 susu tak nak keluar, kau bebel anak tak nak hisap susu, puting tetek ko tenggelam, dan tah hapa2 lagi alasan yg otak aku tak boleh hadam. Tolongglaaah. Stop it. Pernah dengar, "DIMANA ADA KEMAHUAN, DISITU ADA JALAN" ?

Supplement2 yg kita makan, tak kira lah, shaklee ke, hapa ke, itu cuma pendokong usaha sahaja. Sebagai pencetus rasa. Kadang2 psikologi jugak benda ni pun.Kita tak makan, susu xkuar. Kita makan, wah, susu banyak. Wah, berkesan laa produk ni,kita kata. Betul kan? Otak kita yg set semua benda tu. Supplement, alat2 yg dijual tu adalah asbab dan pencetus sahaja. Yang paling paling penting, USAHA kita.

Ok, itu satu lah. Overclaim produk berlebih2.Jangan lupa, setiap benda dlm dunia ni, ada yg baik, ada yg tak baik. Tugas kita cari yg terbaik untuk diri sendiri.


Marketing
Lagi satu benda, cara marketing yg sangat2 annoying. Terus terang ya, aku cakap, aku nak termuntah dengan cara2 marketing murahan. Aku bagi contoh Shaklee lah, sbb skang ni dh jadi mcm viral dah pulak dlm FB. Dengan overclaim produk, dengan testimonial yg tak masuk akal, dengan ayat2 yg meloyakan. Hello? Jual Shaklee tak payah show off, tunjuk ibu jari buat tanda best depan kereta mahai,umah banglo,tabur duit atas laptop. Ada keta mahai,rumah besar, duit juta2 lam akaun, rilex2 sudah..nk share dgn ahli2 Shaklee yg lain untuk pembakar semangat ke, okey lah. Ini, dh mcm MLM murahan. Ayat2 lenguh jari nk jawab email customer, ayat2 duit bapa juta masuk dlm akaun, add friend dgn semua dlm friendlist aku, PM plak member2 aku promote produk....please laa..Aku sendiri tak pm friendlist aku. Sampaikan ramai kwn2 aku komplen, kejadah apa si polan ni dok pm2 nih? Yang paling tak boleh blah, iklan nenek2, tapi dapat laki muda, pakaian pulak tah hapa2. Byk betul2 iklan merepek2 kt malaysia skang ni. Hey, come on laaaa.

Pernah tgk iklan Volkswagen? Rilex je letak gamba bayang kereta, tagline, "The icon is back."  Simple dan tak menyakitkan hati. Tapi kita tau, barang dia mahal, berkualiti. So, nk yakinkan customer yg brg kita jual tu berkualiti, janganlah bg nampak murah sangat di mata customer.Cheapskate sgtlaa..Anda bukan tengah promote barang, anda sedang menjatuhkan bisnes anda sendiri.

Aku suka iklan2 yg ada byk informasi. Apa ingredients dlm produk tu, hightlight kenapa kita mesti pilih produk tu dari berlambak2 yg ada kt pasaran. At least, kita dpt educate org, customer akan dapat buat study, pilih produk yg dia rasa dia betul2 nak. Jangan lupa, setiap rezeki Allah tentukan. Kalau customer nk order kt kau, dia order. Kalau customer nk order kt org lain pun, apa masalahnya pulak. Dh rezeki org tu. Kita ada la bahagian masing2. Jangan berhenti usaha dah la.

Consultation
Ni lagi satu yg aku menyampah. Banyak dah kejadian berlaku. Akibat diri sendiri yg pemalas dan nak duit senang. Kau jual supplement, tapi kau tak nk study, ko tak nak tanya yg lebih pakar,kau main bedal je consult org. Ujung2 customer kau datang kt aku tanya cara pengambilan supplement tu. Aku xde masalah nk consult org, aku lagi suka, boleh menambahkan ilmu aku. Aku lagi pulun study, lagi pulun tanya org sbb nak tau. Tapi be responsible laa sikit. Kau jual makanan tambahan, kau jual supplement, org tu makan masuk dlm tekak dia, kau ambik ringan. Kalau jadi apa2 kt org tu? Kalau dia ada alegy, atau penyakit2 serius yg tak boleh tolerate dgn ingredients dlm produk kau, mcmana?Ko nak tanggungjawab kah?

Please laaa...Be realistic. Aku selalu ingatkan customer aku, potential customer aku, supplement ni sebagai pembantu. Aku suka consult customer aku, mkn real food, makan benda2 yg berkhasiat, yg kita masak sendiri. Jangan harapkan supplement semata2. Zaman sekarang ni, manusia dh macam tak boleh nk bezakan real food dengan look-alike food product. Kt susu tepung budak2 overclaim ada segala mak nenek vitamin mak jadah apa, so kalau anak2 xmo makan nasik, sayur, protien, xpa, sumbat ja susu tu. Semua ada dah dalam tu. Gila! Kalau mcm tu, semua manusia xpayah makan makanan yg ada dlm dunia ni. Hadap susu tepung tu sudah lah.Harga tak payah sembang la...kaw2 taruk punya.Mengigil aku lalu kt tempat susu tepung kt Tesco tuh.

Berbalik kepada tajuk utama entry ni, iaitu soalan Shaklee bagus sangat ke??

Jawapan aku, tidak. Shaklee, atau apa2 saja produk supplement lain adalah tidak bagus jika korang abaikan benda asas yang paling penting yg patut korang lakukan untuk mencapai matlamat korang semasa pengambilan supplement itu, dan juga cara pengambilan yg salah.

Benda simple, nk kurus, jaga cara pemakanan, bersenam.
Nak susu banyak, rajin2kan susukan anak.
Nak lawa, rajin bersihkan muka, jaga pemakanan.

Semua supplement hanya sebagai PEMBANTU,PENDOKONG, PENCETUS RASA sahaja.

Hey,anis.Tak takutka, nnti hg juai shaklee, org xmau beli dh kt hg, tak laku? Geng2 Shaklee plak stgi mai hantam hang?

Ceh,aku nk takut apa? Aku bukan hidup demi duit semata2. Aku ada banyak lagi sebab untuk hidup. Kalau org xmau beli Shaklee kt aku, aku mati kah? 

Aku akan cuba consult org sebaik2nya, yg mana ada dalam pengetahuan aku.Aku akan tanya org2 yg berkelayakan sebelum consult org.Ni benda makan woi. Bukan benda main2. Aku manusia, dan manusia takkan pernah berhenti belajar selagi hidup. Dan, oleh sebab aku manusialah, aku banyak perasa. Ada benda yg aku setuju ada benda yg aku tak setuju. Aku tulis apa yg ada dalam hati aku.

Take it, or leave it. Life is simple.

Reviews:

Post a Comment

SHARETHIS

wholesale & Retails BORONG ONLINE © 2014 - Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com

Contact us

Powered by Blogger.