Bagaimana Vitamin E membantukulit yang cantik?

Ramai dah tahu bahawa Vitamin E sememangnya bagus untuk kulit yang cantik. Bagaimana? Ini Kerana Vitamin E adalah Antioksidan  yang mampu melindungi dan membaiki kulit supaya cantik.

Antioksidan adalah agen yang dapat meneutralkan kesan-kesan oksida akibat radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit kering, garis-garis halus dan kedutan.

Vitamin E adalah antara antioksidan terbaik. Bagaimanapun, badan kita tidak mampu untuk menghasilkan Vitamin E dengan sendiri. Maka pengambilan Vitamin E melalui pemakanan yang sihat adalah amat pernting untuk memperbaharui sel-sel kulit dan melindunginya dari radikal bebas. Malah, pengambilan Vitamin E yang mencukupi mampu mengurangkan sunburn akibat terlalu terdedah kepada sinaran matahari. Tapi tidaklah bermaksud dengan mengambil Vitamin E, kita totally selamat dari terbakar dek matahari. Sekurang-kurangnya dengan pengambilan Vitamin E, kurang sikit rasa risau kerana sekurang-kurangnya kita ada antioksidan tersebut dalam tubuh.


Reviews:

Post a Comment

SHARETHIS

wholesale & Retails BORONG ONLINE © 2014 - Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com

Contact us

Powered by Blogger.